Tuesday 19 February 2013

TANDA - TANDA PENYAKIT

Setiap penyakit yang dialami datang dengan tanda yang tersendiri. Jika anda prihatin dengan petanda yang diberikan oleh tubuh, banyak masalah kesihatan yang boleh ketahui dan diambil tindakan. Berikut adalah petanda pada tubuh tentang keadaan kesihatan anda:

MATA
1. Jika bahagian bawah dalam mata anda kelihatan lesu dan pucat, kemungkinan anda mengalami masalah kekurangan sel darah merah. Makanlah makanan yang mengandungi zat besi seperti daging, hati, kerang dan sayuran hijau. Jumpa doktor untuk ujian lanjut.

2. Benjolan kuning - Jika terdapat benjolan kuning timbul pada bahagian atas atau bawah kelopak mata anda, ini bermakna anda mempunyai tahap kolestrol LDL yang tinggi. Benjolan ini adalah simpanan lemak yang berlebihan. Kurangkan makan daging dan makanan berminyak.


GUSI
1. Gusi merah dan berdarah - Anda berkemungkinan menghidap penyakit gingivitis. Penyakit ini boleh menyebabkan anda kehilangan gigi. Kajian menunjukkan bahawa anda mungkin akan menghadapi risiko penyakit jantung, kencing manis dan keguguran.

2. Gusi mengecut - Struktur gusi mungkin faktor keturunan namun mungkin ada kaitan dengan tabiat merokok dan juga stress.


KUKU
1. Kuku tidak rata - Jika anda mempunyai kuku tidak rata atau brbonggol secara semulajadi dari lahir, kemungkinan anda mengalami anemia. Perubatan Cina pula berpendapat ia adalah akibat kekurang kalsium dalam diet harian.

2. Tanda putih pada kuku - Ini menujukkan anda kekurangan mineral zink. Mineral ini penting untuk kekuatan tubuh. Tambahkan susu, telur, keju atau beras perang dalam menu anda untuk menambah mineral ini dalam tubuh.


BIBIR dan LIDAH

1. Bengkak dan kemerahan – Ini petanda masalah anemia. Berjumpalah dengan doktor. Selain itu, tambahkan pengambilan makanan yang mengandungi zat besi. Masalah ini juga mungkin petanda bahawa tubuh anda kekurangan vitamin.

2, Ulser mulut - Ulser mulut atau dipanggil mulut pecah yang kerap berlaku menunjukkan usus anda tidak sihat. Anda mungkin mengalami masalah sakit usus.

3. Bengkak Mulut - Mulut yang bengkak sama ada sakit atau tidak menunjukkan anda mungkin menghadapi risiko sakit kanser oral, terutamanya jika anda seorang perokok dan minum minuman keras. Berjumpalah dengan doktor untuk ujian lanjut.


KAKI dan TUMIT
1. Urat timbul - Jika anda tidak bergerak aktif, darah berkemungkinan terkumpul di bahagian kaki. Lama-kelamaan ini akan menyebabkan jaringan urat timbul. Atasi masalah ini dengan melakukan senaman ringan setiap hari dan makan buah-buahan berwarna ungu seperti anggur dan beri.

2. Tumit mengembang - Tanda berlakunya ‘water retention’ akibat kekurangan air dalam tubuh. Minum lebih air dan elak minum minuman berkafein dan minuman keras.


NAJIS dan AIR KENCING

1. Kencing berwarna kuning pekat - Tubuh kekurangan air. Tambah jumlah air yang diminum satiap hari. Selain itu minumlah teh herba dan buah-buahan segar.

2. Kencing berwarna merah/ merah jambu - Terdapat jangkitan pada pundi kencing yang akan menyebabkan pendarahan. Jumpa doktor segera.

3. Najis ada darah - Usus anda mungkin luka. Mungkin juga ada kaitan dengan kanser usus. Jumpa doktor segera.

0 comments: