Monday 25 March 2013

Cara Mengurus dan Menyimpan Perahan Susu Ibu

 "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama 2 tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu"
Dari terjemahan Surah Al-Baqarah: ayat 233
Susu Perahan Untuk Raudhah
Adalah menjadi kewajipan kepada ibu-ibu untuk menyusui bayinya dan menyempurnakan hak untuk menikmati penyusuan itu :)

Bekas yang Sesuai Digunakan:
  1. Botol kaca - terbaik namun mahal dan sukar dikendalikan terutama jika bayi dihantar ke nursery
  2. Botol susu biasa (BPA Free) yang tidak mempunyai gambar berwarna kerana warna dikhuatiri boleh bercampur dengan susu
  3. Bekas Dadih - Boleh digunapakai sebanyak 3 kali sahaja
  4. Plastik pakai buang yang dikhaskan untuk susu ibu. 

Tempoh Hayat Susu Perahan:

1. Suhu Bilik
  • Bilik tak de aircond (suhu antara 25C - 37C) - tidak lebih 4 jam.
  • Bilik ade aircond (suhu antara 15C - 25C) - antara 6-8 jam, dimana suhu perlu stabil, maksudnye aircond sentiasa 'on' sepanjang masa.
2. Dalam Fridge/Freezer
  • Cooler bag/box - tahan antara 12 - 24 jam.
  • Peti sejuk 2 pintu - bahagian beku (suhu antara -18C - -20C), 3 bulan, bahagian pintu bawah ( suhu antara 0C - 4C), boleh tahan 3-7 hari (sebelum  dibekukan) dan 24 jam (selepas dibekukan).
  • Peti sejuk 1 pintu - bahagian beku, 2 minggu
  • Deep Freezer - 6 bulan
Credit - Jadual Penyimpanan Susu Ibu
 

Kaedah Penyimpanan
  • Pastikan kuantiti mencukupi setiap kali penyusuan. Contohnya, jika bayi minum 2oz tiap kali penyusuan, letakkan susu sebanyak 2-3 oz bagi setiap bekas.
  • Simpan di dalam bekas yang bersih dan tertutup.
  • Labelkan bekas dengan tarikh dan masa perahan dilakukan.
  • Simpan di dalam peti sejuk, di bahagian paling atas dan paling dalam peti sejuk bagi memastikan suhunya lebih stabil.
  • Jika susu ingin dibekukan, pastikan bekas tidak diisi terlalu penuh, maksudnye ada ruang untuk pembekuan susu berlaku.
Kaedah mencairkan susu ibu

Memanaskan susu ibu dengan air yang sangat panas akan memusnahkan nutrien dalam susu tersebut. Cara yang sesuai untuk mencair dan memanaskan susu ibu ialah dengan mencairkannya dengan perlahan2 di mana perubahan suhu tidak secara mendadak.

Susu yang dibekukan:
  1. Turunkan ke bahagian bawah (bahagian sejuk) di sebelah malam sebelum susu tersebut diberi kepada pengasuh
  2. Biarkan susu mencair dengan sendiri atau membiarkannya di bawah aliran air paip
  3. Panaskan susu dengan air suam

Cadangan Supplemen Shaklee Untuk Kesuburan

Credit to Norhanita
Saya faham perasaan wanita-wanita diluar sana yang sangat inginkan zuriat tetapi sangat susah nak dapat... kerana apa? kerana saya juga salah seorang daripada anda... saya hanya disahkan hamil setelah 1 tahun 3 bln menanti..dan dengan pelbagai usaha..salah satunya adalah dengan cara mengambil suplemen. selain itu, saya juga pergi berurut tau...


Bagi anda yang mempunyai masalah untuk mendapatkan zuriat / anak, saya boleh cadangkan anda beberapa suplemen dari Shaklee untuk tujuan membantu mengatasi masalah tersebut. tetapi saya tidak menjanjikan kejayaannya kerana apa? kerana kita hanya boleh berusaha tapi yang menentukan hanyalah ALLAH sahaja... betul tak???


Cadangan Supplemen Shaklee untuk Kesuburan


Suplemen yang saya cadangkan adalah :
Energising Soy Protein(ESP),
vita-lea,
B complex,
vitamin C,
alfalfa,
GLA,
Vitamin E,
zinc

namun begitu, kila kurang kemampuan, anda tidak perlu ambil semua suplemen di atas. Saya akan mencadangkan suplemen bergantung kepada keperluan anda dan masalah yang anda hadapi.

Info kepentingan setiap suplemen



B-Complex 
lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neural

Zinc complex
Satu tablet zinc complex Shaklee membekalkan 15mg zinc (zinc gluconate). Unutk isteri, zinc menggalakkan tubuh badan menggunakan secara efisien hormon estrogen dan progestron, sekaligus mengurangkan risiko keguguran di awal kehamilan. Bagi suami pula, pengambilan zinc membantu dari segi kuantiti sperma serta mengekalkan penghasilan hormon testosteron

Vitamin E complex
Keistimewaan Vita-E Complex Shaklee adalah lain dari yang lain kerana ianya lengkap dgn Selenium. Satu capsule sehari membekalkan 400IU vitamin E dan 10mcg Selenium. Vitamin E merupakan salah satu anti-oksidan yg dikatakan mampu menghasilkan sperma dan ovum yg lebih berkualiti.. Selenium pula membantu untuk memaksimakan penghasilan sperma dan menjadikan sperma bergerak lebih tangkas.
Selain daripada itu, pengambilan Vitamin E juga membantu dlm kehidupan seksual suami dan isteri. Bagi suami, Vitamin E membantu suami lebih bertenaga, mudah teransang, mempunyai ereksi yg lebih lama serta mampu menghasilkan orgasma yg berkualiti. Bagi isteri pula, Vitamin E membantu menstabilkan hormon seterusnya membantu meningkatkan daya seksualnya.

Vitamin C
Satu tablet Vita C membekalkan 500mg vitamin C. Vita-C Shaklee adalah jenis 'sustained release' di mana vitamin C akan dilepaskan secara perlahan-lahan dan tahan lebih lama di dlm tubuh badan. Vitamin C berfungsi sebagai anti-oksidan seperti Vitamin E dimana ia menjaga kuliti sel sperma. Sperma yg tidak tidak sihat dan tidak tangkas akan bermasalah utk bersenyawa dgn ovum

Vita-Lea
Mengandungi 28 vitamin dan mineral yg diperlukan oleh tubuh badan seorg dewasa. Pengambilan Vita-lea sebiji sehari boleh membantu meningkatkan taraf kesihatan secara menyeluruh. Jadi, suami dan isteri perlu melengkapkan kesihatn diri dengan mengambil multivitamin ini.

GLA 
Gamma Linolenic Acid (GLA) adalah sejenis asid lemak Omega 6. Fungsi GLA untuk wanita adalah menstabilkan hormon serta mengawalatur kitaran haid. Seperti yg kita sedia maklum, kitaran haid yg stabil memudahkan wanita mengenalpasti waktu subur di mana peratusan persenyawaan dpt ditingkatkan. Selain itu, GLA berperanan memastikan cecair mukus di dalam serviks mencukupi dimana ia memudahkan pergerakan sperma ke uterus seterusnya ke tiub fallopian di mana ovum menanti untuk disenyawakan. Cecair mukus yg subur ini juga membantu sperma utk hidup di dalam tiub fallopian sehingga 5 hari, seterusnya meningkatkan kadar persenyawaan ketika ovulasi berlaku walaupun suami dan isteri tidak bersama dlm jangkawaktu tersebut.

Alfalfa
tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.  Merawat masalah keputihan pada wanita. Sifatnya yang mengandungi phytoestrogens juga menyebabkan ia mempunyai fungsi seperti kacip Fatimah, maka, membantu dalam "hubungan" suami isteri (enhance libido).Ia juga memberi kelegaan semasa haid . Untuk suami pula, ia meningkatkan stamina seorang suami

ESP 
Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya.


Dan ingatlah..Ini hanyalah salah satu usaha yang kita buat utk dapatkan zuriat yang memang didambakan sekian lama... Paling penting..pohonlah pada Allah... kerana hanya Dia yang mempu menunaikan impian kita :)

PERBEZAAN KHASIAT UNGU , KUNING , HIJAU

SALAM SEJAHTERA...

SAYA AKAN AKAN RINGKASKAN PENERANGAN INI DEMI MEMBERI SUATU PENGETAHUAN KEPADA PENGGUNA DILUAR SANA YANG MASIH TERTNYA TANYA AKAN PERBEZAAN DIANTARA KHASIAT GRED AAA DAN GRED AA INI... BAGI YANG DAH MENCUBA KEDUA DUANYA MESTI DAH MENGETAHUI AKAN PERBEZAANNYA ...


KEDUA DUANYA MASIH MEMILIKI KANDUNGAN NUTRISI YG BAIK UNTUK KESIHATAN SECARA AMNYA....

NAMUN, HARUS DIKETAHUI BAHAWA...


SECARA KESIMPULANNYA.. UNGU LEBIH BAIK UNTUK MERAWAT MASALAH PENYAKIT KRONIK SPT SAKIT JANTUNG,GOUT,STROK DAN SBGNYA HIJAU PULA MEMPUNYAI KEBAIKAN UNTUK MERAWAT PENYAKIT DALAMAN DAN MENJAGA KECANTIKAN KULIT. MANAKALA UTK KUNING, IA LEBIH KEPADA FUNGSI KECANTIKKAN KULIT LUARAN....

KANDUNGAN ZAT GALIAN DIDALAM RUMPAI UNGU SANGAT BERMANFAAT UNTUK MEMBASMI BAKTERI, MASALAH SISTEM SARAF DAN KEGAGALAN FUNGSI ORGAN


BAGI KUNING PULA...KANDUNGAN KOLAGEN MENTAHNYA SANGAT BAIK UNTUK MENJAGA KESIHATAN KULIT DAN MEMBERIKAN KESAN KEPADA NILAI KECANTIKAN ANDA......


HIJAU YG KAYA DENGAN KOLAGEN DAN KLOFOFIL MEMPUNYAI KEBAIKAN UNTUK MENJAGA KECANTIKAN DI SAMPING MERAWAT MASALAH DALAMAN .

SILA BUAT KEPUTUSAN SEBAIK MUNGKIN DIANTARA KEDUA DUA RUMPAI INI.....