Wednesday 20 February 2013

Ketahui cara untuk optimumkan kesan vitamin dan mineral


Kenapakah kita memerlukan vitamin yang lengkap, terutama multivitamn dan multimineral? Di sini ada jawapannya.

Vitamin A menjadi lebih mudah diserap dengan kehadiran vitamin E.
Vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi, dan menukarkan zat besi kepada bentuk yang paling mudah diserap dalam badan. Vitamin C berinteraksi dengan antioksidan lain, terutamanya vitamin E, selenium, dan beta-karotena. Vitamn C juga memnbantu dalam penyerapan kromium.
Vitamin D berfungsi secara sinergistik dengan vitamin K dan kalsium untuk meningkatkan jumlah osteocalcin yang mesra tulang dan meningkatkan metabolisme tulang di kalangan wanita yang menghidapi osteoporosis. Vitamin D juga agen yang meningkatkan penyerapan kalsium.
Vitamin E boleh meningkatkan penyerapan, penggunaan dan penyimpanan vitamin A dan boleh melindungi hypervitaminosis A. Apabila vitamin E yang digunakan bersama-sama dengan vitamin C, ia mempunyai keupayaan untuk mengurangkan risiko preeclampsia pada wanita hamil. Vitamin E adalah sejenis antioksidan, dan selenium meningkatkan kesan antioksidan Vitamin E.
Vitamin K berfungsi secara sinergistik dengan vitamin D dan kalsiumuntuk meningkatkan kekuatan tulang.
Zat Besi adalah lebih mudah diserap dan digunakan oleh badan dengan kehadiran vitamin C.
Magnesium adalah lebih mudah diserap dan digunakan oleh badan dalam kehadiran boron.
Copper lebih optimum dengan kehadiran vitamin B6. Kekurangan vitamin B6 sebenarnya akan menghalang penyerapan copper .
Zink membantu dalam penyerapan mangan. Zink juga memainkan peranan penting dalam metabolisme dan fungsi imun.
Boron membantu untuk menukar vitamin D kepada bentuk yang lebih boleh digunakan, dan juga mempengaruhi kesan magnesium dan kalsium dalam mengoptimumkan metabolisme tulang dan mengurangkan kehilangan jisim tulang.
Semua 8 jenis vitamin B (B complex) bertindak secara sinergistik bersama-sama untuk kesihatan optimum.
Memandangkan pemakanan kita pun kadangkala tidak menentu dan tidak seimbang, sangat bagus untuk melengkapkan keperluan nutrient harian dengan mengambil vitamin lengkap, atau sekurang-kurangnya multi vitamin dan multi mineral.

Kredit : Vitamin Semulajadi

Jadual pengambilan Shaklee dan pantang larang


Bilakah waktu pengambilan vitamin yang sesuai?
Bagi setiap pelanggan saya akan sediakan jadual pengambilan vitamin bersesuaian dengan jenis-jenis vitamin yang diambil. Oleh itu, jadual bagi setiap pelanggan mungkin berbeza tetapi asasnya tetap sama.
Terdapat rule of thumb yang boleh dijadikan panduan:
Vitamin larut air ( B-complex dan Vitamin C) :
Seelok-eloknya diambil dengan segelas air untuk penyerapan yang efektif dan elakkan diambil bersama-sama makanan berlemak/berminyak.
Vitamin Larut Lemak ( A, D,E K) :
Diambil selepas mengambil makanan berlemak / berminyak kerana vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan.
OsteMatrix@Calcium :
Diambil bersama produk tenusu seperti susu. Selain itu, pastikan calcium anda mempunyai magnesium kerana magnesium membantu calcium lebih mudah diserap.
Iron:
Diambil bersama dengan vitamin C kerana iron memerlukan vitamin C untuk lebih mudah diserap
Bagi mereka yang baru mengambil supplement, anda boleh gunakan jadual di bawah sebagai panduan. Ini secara umum yea.
Selepas sarapan : 1x Vitalea, 1x B-complex
Antara sarapan dan makan tengahari : secawan ESP
Selepas makan tengahari : 1x Vitamin C, 2x Alfalfa
Antara makan tengahari dan makan malam : Secawan ESP
Selepas makan malam : 1x Omega, 1x Vitamin E
Sebelum tidur : 2@4x OsteMatrix
Bagi anda yang mengamalkan lecithin untuk berdiet atau merendahkan kolestrol, ambil 2 caps selepas sarapan, makan tengahari dan makan malam berserta dengan 2 biji alfalfa.
Pantang Larang pengambilan vitamin yang perlu dipatuhi
  1. Alfalfa bersama Vitamin E -  Vitamin E akan menghalang penyerapan Alfalfa
  2. OsteMatrix bersama Iron  - Kalsium akan menghalang penyerapan iron. Vitalea mempunyai Iron jadi elakkan pengambilan bersama ostematrix atau produk tenusu. Produk tenusu=kalsium kan?
  3. Alfalfa bersama GLA complex – GLA complex mempunyai vitamin E jadi berbalik kepada pantang no. 1
  4. Pengambilan vitamin bersama kafein seperti kopi dan teh kerana kedua-dua minuman ini mengurangkan keberkesanan penyerapan vitamin.
  5. Pesakit thalasemia tidak boleh mengambil vitalea kerana vitalea mengandungi iron.

PERBANDINGAN VITAMIN SHAKLEE DAN VITAMIN LAIN


Ada ramai yg bertanya kebaikan setiap vitamin yg ada di shaklee ni..tetapi bila sy berikan harga setiap produk yg di tanyakan, ramai yg mengeluh..kenapa harga dia mahal? kena makan semua ke, sy x mampulah, sy makan yg murah jelah..itu adalah jawapan yg selalu sy terima..tuan-tuan dan puan-puan, cik kak, cik abg  sekalian, klu  nak dihitung, dikira, di selidik dan dikaji, produk shaklee ni adalah jauh lebih murah berbanding dgn produk lain yg sm kualitinya  tetapi berbeza  kandungan di dalamnya.
Nampak je macam mewah, tp kalau dikira, harga sebiji x sampai seringgit pun...dan yg paling penting vitamin shaklee ni 100% semulajadi, tiada  perasa tiruan, pewarna tambahan, tiada gel silika, BUKAN vitamin sintetik dan yg paling penting ianya HALAL DAN BERSIH

Antara perbandingan lain vitamin Shaklee  dgn vitain di luar ni ialah

a) Dari segi penghasilan
Vitamin Shaklee--> dihasilkan  dr ekstrak bahan2 semulajadi dgn mengambil initipati yg diperlukan dan menyingkirkan fiber.Contoh pembuatan vitamin C natural diperolehi dari mengambil pati asid askorbik dlm buah limau dan menyingkirkan serat2nya

Vitamin sintetik --> dihasilkan dari manipulasi bahan kimia yg mempunyai  ciri2 seakan-akan bahan yg terdapat dlm vitamin.Contohnya asid askorbiik (vitamin c) mempunyai formula empirik  C6H806, jadi gabungan dari molekul2 karbon, hidrogen dan oksigen ini boleh dihasilkan dari apa2 bahan menghasilkan asid askorbik.

b) Keserasian dgn badan
Vitamin Shaklee --> dihasilkan dari  bahan2 makanan kita, jadi ia bertindak dgn lebih baik dan semulajadi dgn tubuh,ia tidak mendatangkan kesan sampingan dan memberi kesan yg lebih baik.

Vitamin sintetik --> walaupun formulanya sama,tp tidak serupa  dgn vitamin semulajadi, apa lagi dgn makanan asli. kerana penghasilannya pun bukan dari sumber makanan.tahukah anda tar yg digunakan utk menurap jalan raya adalah satu  bahan utk menghasilkan vitamin B-complex pada vitamin sintetik.

c) Harga
Vitamin Shaklee--> vitamin  semulajadi sudah tentu harga lebih mahal kerana penghasilannya dari bahan2  semulajadi  yg memerlukan kos yg tinggi

Vitamin sintetik-->> biasanya lebih murah dan adakalanya diberi secara percuma sahaja.

d)Kesan kpd tubuh  badan
Vitamin Shaklee--> oleh  kerana ianya dari bahan2 semulajadi, jadi ia tidak meninggalkan bahan2 yg perlu walaupun bukan bahan  utama dlm vitamin tersebut.Sbg contoh kalsium yg tdk diserap dgn sempurna akan disimpan dlm ginjal &  boleh menyebabkan batu karang atau sakit buah pinggang..tetapi kalsium dlm vitamin shakklee mempunyai magnesium vitamin D utk menjadikan penyerapan lebih optimum.

Vitamin Sintetik-->oleh kerana pembuatannya adalah utk menghasilkan sejenis bahan tertentu, maka kebanyakkan vitamin sintetik datang dlm bentuk solo,sbg contoh,, kalsium  tanpa magnesium dan vitamin D, jadi kita perlu ambil magnesium dan vitamin D dari sumber lain. begitu  juga dgn vitamin2 lain, yg memerlukan "kawan" utk bertindakbalas  dgn sempurna tp  tidak  dlmm vitamin sintetik.

e) Kesan jangka panjang
Vitamin shaklee--> tidak  mendatangkan kesan sampingan kerana  penghasilan dari bahan2 semulajadi

Vitamin sintetik--> mempunyai banyak kesan jangka panjang, salah satunya akibat ketidakstabilan bahan2 yg terkandung dlm vitamin sintetik itu sendiri dan  manipulasi kimia yg dilakukan dlm proses penghasilannya...

Tips Untuk Perut Kempis


Ini cara2nya:

1. Kempiskan perut anda seberapa kempis yang boleh.

2. Tahan selama 10 saat(atau lebih).
3. Lepaskan.
4. Ulangi langkah2 di atas sebanyak 8 kali dan lebih. 

In fact, sewaktu anda baca post ini, anda boleh kempiskan perut dan tahan 10 saat. Bila diulangi lebih dari 8 kali, anda boleh rasakan ‘effect’ seperti buat sit ups. Mudah sangatkan? Technically, kita mahukan perut berasa ‘letih’. Ini akan membantu pembakaran lemak supaya lebih mudah bertukar kepada muscle.
Jika anda sukakan ‘extra’, anda juga boleh melakukan senaman kemut(kegel) untuk mengetatkan faraj/vagina pada masa yang sama.. 

Cara2nya:

1. Tarik nafas, kempiskan perut seberapa kempis yang boleh, kemut seberapa kemut yang boleh pada masa yang sama.
2. Tahan nafas, tahan kempis perut, tahan kemutan selama 8-10 saat.
3. Lepaskan nafas, kempisan perut dan kemutan perlahan2..
4. Ulangi sebanyak 8 kali atau lebih.

Mudah kan? Jadi untuk mendapatkan perut yang kempis perlu lah konsisten dan istiqomah mengamalkan tips-tips ini. Dan oh ya, senaman kegel ini juga sangat baik bagi ibu-ibu yang sudah melahirkan anak untuk merapatkan semula vagina. 

Bagi yang mahu slim melim dengan bantuan suplemen, anda mungkin boleh mempertimbangkan untuk mencuba 'Set Slimming Shaklee'. Walaupun anda rasa mahal, tetapi untuk kesihatan dan kecantikan badan anda mengapa tidak dilaburkan sedikit daripada duit gaji anda? Selain daripada itu, anda bukan sahaja mendapat timbangan berat yang ideal malahan boleh mendapat *bonus-bonus lebih dengan suplemen yang terkandung dalam set ini. Nak tahu lebih lanjut mengenai set ini? 

3 konsep utama -BAKAR, BUANG, BINA

                          1. BAKAR 
                       Produk: LECITHIN/ OMEGA GUARD
Fungsi: bertindak sebagai pemecah dan pembakar lemak dan kolestrol



 2. BUANG
Produk: ALFALFA/HERB LAX
Fungsi:membuang lemak, toksin dalam badan
3. BINA
Produk: CINCH/SOY PROTEIN
Fungsi: bina otot, elak kulit menggelebeh


LANGKAH PERTAMA : DETOX

Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.

Apa yang sesuai untuk detox adalah Herb-lax atau Alfalfa. Bagi mereka yang tidak mengalami masalah sembelit boleh cuba Alfalfa. Herb-lax pula sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sembelit. Saya tidak menggalakkan Herb-lax diambil oleh ibu-ibu yang menyusu kerana bimbang akan memberi kesan cirit birit kepada anak.

LANGKAH KEDUA : MEMECAHKAN LEMAK

Proses memecahkan lemak boleh dilakukan dengan mengambil Lecithin atau omega. Lecitin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak, dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung di dalam darah, dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membran. Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.

Walau apa juga supplemen yang anda makan untuk kurus anda haruslah menjaga pemakanan seharian anda, jangan makan sesuka hati. Kena kurangkan lemak dan minyak , rajin bersenam dan banyakkan minum air. Sekurang-kurangnya 3L sehari.

LANGKAH KETIGA : MEMBINA OTOT DENGAN PROTEIN

Protein sangat diperlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.

Untuk protein terbaik, anda boleh memilih samada Cinch Shake atau jika anda ibu yang menyusukan anak, jangan ambil Cinch Shake ni, tapi gantikan dengan ESP/ MealShake (ESP juga membantu mempercepatkan penghasilan susu badan)

Kenapa perlu mengambil protein? Kerana apabila lemak diuraikan daripada badan, otot diperlukan untuk menggantikan ruangan yang kosong itu bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam. Bagi anda yang sedang dalam proses mengawal berat badan,pastikan protein terkandung dalam setiap makanan anda. Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%... Cth makanan yg kaya protein kacang soya, ikan, telur, hasil tenusu(susu,keju,yogurt), kekacang, avokado, ayam, tauhu,


APA KATA MERKA TENTANG SET KURANGKAN BERAT BADAN NI?
(TESTIMONIAL )





Ramai dah merasai perubahan yang ketara dengan menggunakan set Kurus Shaklee?? Anda mahu mencuba...Cepat hubungi saya sekarang!!!

*Produk ini tidak bertujuan untuk diagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sebarang pertanyaan dan tempahan produk, boleh hubungi saya, sarahqaleesya@yahoo.com atau SMS 0125829673. Dengan pembelian dari saya anda berhak mendapat konsultasi PERCUMA. 





kebaikan Osteomatrix... jom baca

Meh kita baca pengalaman sebenar seorang pengguna tegar Ostematrix yang telah merasa kebaikannya.



Saya masih ingat lagi.. saya kehilangan 2 gigi ketika mengandung dan ketika menyusukan Faiz.. gara2 saya yang ambil lewa kepentingan kalsium…beli tapi simpan buat perhiasan…hehe….Tuhan je tahu sengsara sakitnya gigi..barulah terkial2 gi cari botol calcium Shaklee.... sejak itu saya tak abaikan kalsium tablet…Namun saya tetap minum susu…saya tidak ade alahan terhadap produk tenusu…tetapi baru sekarang saya tahu … susu sebenarnya mengandungi transfat...dan bukan kalsium semata-mata.. jadi sekadar minum susu tak mencukupi untuk memenuhi keperluan harian kalsium kita. Jadi mmg kita perlukan kalsium tablet..tapi kene pilih kalsium tablet yang betul...boleh refer artikel tentang fakta kalsium dalam post sebelum ini…



Dan sekrg ni Shaklee telah mengeluarkan Osteomatrix (formula baru kalsium) ..Saya mula mencubanya sejak saya berpindah ke KL hujung 2008….Waktu saya mula2 pindah KL hujung 2008…saya mmg mudah letih…dgn suasana hidup di KL..berbeza dengan hidup di Miri (Miri takde jem..rumah ke tempat kerja pun cume 10-15 minit) .Kalo kat KL,bermula dari pagi bersesak-sesak dengan orang ramai berebut nak naik komuter dan LRT ...dah mcm sadin dlm tren.waktu pulang kerja pun begitu juga..normally sampai rumah lebih kurang 7.30pm (saya kene naik komuter diikuti dgn LRT Putra)… …. mmg stress..hari2 mcm tu..Setelah 2 minggu di KLCC,saya ditugaskan attach to project at Pulau Indah..hampir sebulan saya drive hari2 dari Serdang ke Pulau indah.. jarak perjalanan pergi balik adalah dlm 120km… ditambah dgn jem… hari2 saya tiba rumah lewat magrib..mmg flat badan (nasibla ade ibu mertua yang baik hati tolong jaga Faiz… kalo tidak ..sure saya pengsan nak buat semuanya sorang2)….…then saya ngadu kat sahabat saya Kak Ann…. Dia mengesyorkan saya mengambil ostematrix, ianya adalah calcium magnesium dalam formula baru dan wajah yang baru…bersungguh dia cerita bestnya osteomatrix ni… sbb saya sudah biasa dgn produk Shaklee..maka saya pun terus beli…..

Dengan mengamalkan pengambilan osteomatrix 4 biji sehari alhamdulillah saya tiada masalah keletihan yang ketara seperti sebelum ini. ..kurang sikit sakit sendi2 badan ,sakit belakang… Alhamdulillah… saya mmg perasan perubahan ni…..sbb bila sy tak mkn osteomatrix ni( sy ni kurang konsisten mkn vitamin ni sejak stop bfeed)…mmg terasa amat sakit sendi,sakit belakang…..


Saya ingat kalsium ni untuk tulang dan gigi yang kuat sahaja tetapi ia berfungsi lebih dari itu.. Ia penting juga untuk membina sel darah. (Pembinaan darah memerlukan kalsium dan begitu juga dengan urat saraf serta tulang kita. Dengan kalsium yang cukup sistem tubuh kita dapat berfungsi dengan baik dan lancar. ).. 

Pergh..dah macam iklan la pulak ayat saya... tapi hanya yang dah rasai keberkesanannya faham apa yang saya cuba sampaikan..dan kenapa saya begitu teruja...


Jadi seperti yang ditulis oleh Kak Ann, osteomatrix Shaklee sesuai untuk :


1. Ibu yang mengandung, ibu yang menyusukan anaknya dan wanita yang pernah melahirkan anak.

2. Mereka yang mempunyai masalah kekangan pengambilan bahan2 tenusu seperti susu.

3. Mereka yang selalu mengalami sakit2 kaki, sakit2 sendi, sakit di bahagian tulang belakang, sejuk2 badan, rasa bisa di tapak kaki, kebas atau terasa seperti kaki dicucuk2 dengan jarum.


4. Mereka yang mudah keletihan dan tidur yang kurang membuatkan golongan ini mudah letih dan sukar untuk bangun tidur.


5. Sakit kepala yang teruk dan berhari2.


6. Mereka yang sedang menjalani fisioterapi.


7. Mereka yang mempunyai masalah pecah2 di telapak kaki dan rekahan di tumit kaki.


8. Mereka yang mengalami PMS yang sangat teruk sehingga terpaksa mengambil pil penahan sakit setiap kali datang bulan.


9. Mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang berkaitan dengan darah

Tips Kelihatan Kurus

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.....


Sedikit perkongsiaan bagi yang ingin kelihatan kurus walaupun badan sedikit berisi.
  • Elakkan memakai pakaian yang licin kainnya. Fabrik licin menyebabkan badan kelihatan lebih besar.
  • Elakkan memakai baju berbelang melintang, pakailah pakaian yang menegak belangnya. Ilusi mampu membuat badan kelihatan lebih kurus.
  • Pilihlah baju yang bercorak bunga kecil supaya akan nampak lebih kurus. Kalau pakai baju yang bercorak/ berbunga besar akan jadi sebaliknya.
  • Jangan pakai pakaian terlalu besar, dan jangan pakai pakaian terlalu sendat. Terlalu besar akan buat diri nampak lebih besar dan terlalu sendat pula akan menampakkan segala lemak pada badan yang mahu disorok.
  • Kalau jenis badan yang berisi kat peha tu, pakailah baju yang agak labuh menutup punggung dan peha. Seeloknya baju tu bercekak kat pinggang untuk mengalihkan perhatian mata orang yang melihat.
  • Kalau jenis badan berisi kat pinggang pula, pilihlah baju yang tidak bercekak supaya lemak2 kat pinggang dapat ditutup dengan jayanya. Boleh alihkan perhatian dengan memakai jeans berpoket dan sebagainya.
  • Untuk yang tak bertudung (non muslim), pilihlah leher baju yang berbentuk V kerana ianya akan menampakkan diri kelihatan lebih kurus.
  • Pilihlah pakaian yang berwarna gelap, selalu orang akan pilih hitam. Warna gelap mampu membuat seseorang kelihatan lebih kecil daripada saiz asal. Tapi janganlah pakai fully hitam, macam orang berkabung pulak dah. Boleh match dengan warna lain yang ceria.
  • Pakai bengkung supaya lemak dapat disembunyikan selain fungsi bengkung membentuk kontur tubuh badan.
Kalau ada tambahan lagi bolehlah kongsikan bersama... Kebanyakan point aku ni berdasarkan apa yang saya pernah baca dan tahu.

33 Petua dan Tip Kuruskan Badan Tanpa Ubat




1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di
dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

15. Ambil makanan yang berempah
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan Satu Diari
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada
keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda
dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di
sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan
segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING

Berat yang Berlebihan

Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya.

26. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.
Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

27. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

28. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

29. Nak Turunkan Berat Badan
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

30. Badan Langsing Selepas Bersalin
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut : Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

31. Mengurangkan buncit
Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.

32. Mengempiskan Perut
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba

33. Kempiskan Perut Anda
Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.

Tuesday 19 February 2013

TANDA - TANDA PENYAKIT

Setiap penyakit yang dialami datang dengan tanda yang tersendiri. Jika anda prihatin dengan petanda yang diberikan oleh tubuh, banyak masalah kesihatan yang boleh ketahui dan diambil tindakan. Berikut adalah petanda pada tubuh tentang keadaan kesihatan anda:

MATA
1. Jika bahagian bawah dalam mata anda kelihatan lesu dan pucat, kemungkinan anda mengalami masalah kekurangan sel darah merah. Makanlah makanan yang mengandungi zat besi seperti daging, hati, kerang dan sayuran hijau. Jumpa doktor untuk ujian lanjut.

2. Benjolan kuning - Jika terdapat benjolan kuning timbul pada bahagian atas atau bawah kelopak mata anda, ini bermakna anda mempunyai tahap kolestrol LDL yang tinggi. Benjolan ini adalah simpanan lemak yang berlebihan. Kurangkan makan daging dan makanan berminyak.


GUSI
1. Gusi merah dan berdarah - Anda berkemungkinan menghidap penyakit gingivitis. Penyakit ini boleh menyebabkan anda kehilangan gigi. Kajian menunjukkan bahawa anda mungkin akan menghadapi risiko penyakit jantung, kencing manis dan keguguran.

2. Gusi mengecut - Struktur gusi mungkin faktor keturunan namun mungkin ada kaitan dengan tabiat merokok dan juga stress.


KUKU
1. Kuku tidak rata - Jika anda mempunyai kuku tidak rata atau brbonggol secara semulajadi dari lahir, kemungkinan anda mengalami anemia. Perubatan Cina pula berpendapat ia adalah akibat kekurang kalsium dalam diet harian.

2. Tanda putih pada kuku - Ini menujukkan anda kekurangan mineral zink. Mineral ini penting untuk kekuatan tubuh. Tambahkan susu, telur, keju atau beras perang dalam menu anda untuk menambah mineral ini dalam tubuh.


BIBIR dan LIDAH

1. Bengkak dan kemerahan – Ini petanda masalah anemia. Berjumpalah dengan doktor. Selain itu, tambahkan pengambilan makanan yang mengandungi zat besi. Masalah ini juga mungkin petanda bahawa tubuh anda kekurangan vitamin.

2, Ulser mulut - Ulser mulut atau dipanggil mulut pecah yang kerap berlaku menunjukkan usus anda tidak sihat. Anda mungkin mengalami masalah sakit usus.

3. Bengkak Mulut - Mulut yang bengkak sama ada sakit atau tidak menunjukkan anda mungkin menghadapi risiko sakit kanser oral, terutamanya jika anda seorang perokok dan minum minuman keras. Berjumpalah dengan doktor untuk ujian lanjut.


KAKI dan TUMIT
1. Urat timbul - Jika anda tidak bergerak aktif, darah berkemungkinan terkumpul di bahagian kaki. Lama-kelamaan ini akan menyebabkan jaringan urat timbul. Atasi masalah ini dengan melakukan senaman ringan setiap hari dan makan buah-buahan berwarna ungu seperti anggur dan beri.

2. Tumit mengembang - Tanda berlakunya ‘water retention’ akibat kekurangan air dalam tubuh. Minum lebih air dan elak minum minuman berkafein dan minuman keras.


NAJIS dan AIR KENCING

1. Kencing berwarna kuning pekat - Tubuh kekurangan air. Tambah jumlah air yang diminum satiap hari. Selain itu minumlah teh herba dan buah-buahan segar.

2. Kencing berwarna merah/ merah jambu - Terdapat jangkitan pada pundi kencing yang akan menyebabkan pendarahan. Jumpa doktor segera.

3. Najis ada darah - Usus anda mungkin luka. Mungkin juga ada kaitan dengan kanser usus. Jumpa doktor segera.

KELEBIHAN OMEGA GUARD

Tahukah anda yang Shaklee OmegaGuard merupakan suplemen pemakanan yang mengandungi minyak ikan. Bagi setiap satu hidangan OMEGAGUARD   ini memberikan 1000mg asid lemak Omega-3 termasuk DHA dan EPA.

Asid lemak omega-3(DHA DAN EPA) merupakan asid lemak yang sangat penting dan diperlukan oleh keseluruhan manusia. Ia tidak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh, maka kita perlukan mendapatkannya dari diet atau pengambilan suplemen.

Ia amat penting penting untuk perkembangan dan fungsi otak yang sihat, juga untuk keseluruhan proses perkembangan dan tumbesaran mausia. Tambahan lagi, Asid lemak Omega-3 dapat menyokong kesihatan jantung, mata dan fungsi sendi.


a) Menyokong kesihatan jantung

Peranan penting asid lemak Omega-3 dalam kesihatan jantung tidak dapat disangkal lagi.... Menerusi satu kajian menunjukkan yang pengambilan DHA DAN EPA didalam asid lemak omega-3 ini mampu mengurangkan risiko SAKIT JANTUNG termasuk mengekalkan kolesterol baik dan tahap tekanan darah normal.


b) Menggalakkan fungsi otak yang sihat

Asid lemak Omega 3 merupakan struktur bagi komponen sel-sel pada sistem saraf pusat dan juga nutrien terpenting bagi perkembangan otak yang sihat. DHA pula merupakan asas asid lemak Omega-3 bagi perkembangan otak, sistem saraf dan mata. Dan ia amat penting bagi sesiapa yang ingin meningkatkan daya tumpuan dan mengingat seperti pelajar, kanak-kanak, ibu mengandung dan ibu menyusu.

c) Fungsi sendi

Asid lemak omega-3 merupakan struktur yang penting bagi fungsi sendi dan ia boleh menggelakkan seseorang daripada dijangkiti penyakit seperti berikut:-

Ingin menurunkan berat badan kerana omega menggalakkan pembakaran lemak dan mengelakkan pembentukan lemak
-Mempunyai penyakit gout kerana ia mengelakkan inflamation pada sendi-sendi dan langkah berjaga-jaga supaya bengkak itu tidak membesar
-Mengalami penyakit kulit seperti alahan seafood, resdung, ekzema dan gegata
-Mengalami penyakit asma dan lelah kerana omega berperanan mengelakkan kesejukan.
-Mengalami kebas-kebas tangan, kesejukan kaki dan tangan terutama wanita lewat 50-an
-Ingin meningkatkan daya tumpuan dan mengingat seperti pelajar, kanak-kanak, ibu mengandung dan ibu menyusu
-Penghidap penyakit kanser
-Mengalami sakit dan keradangan sendi



Fungsi Omega 3:
 
Mencegah Pembekuan lemak dalam darah
Menurunkan paras kolesterol
Menurunkan paras trigliserid
Mencegah radang Sendi
Mencegah Asma
Mengelakkan risiko penyakit kanser
Mencegah penyakit kulit dan alahan
Menigkatkan kecerdasan otak
Mencegah kesejukan chest, kaki dan tangan


Saya adalah pengedar Shaklee yang sah  (ID 918439). Berminat boleh hubungi saya di 0125829673 atau email disarahqaleesya@yahoo.com.Konsultansi percuma akan diberikan selepas pembelian produk.
Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi Ahli Shaklee.

Wednesday 13 February 2013

CANTIK DENGAN VITAMIN E

 Assamualaikum semua..

Hari ni saya nak berkongsi tentang kelebihan Vitamin E..So sesiapa yang inginkan kulit yang cantik, mulus, putih & licin bak sutera amalkan vitamin E..Jom kita baca info tentang vitamin E ini!!

Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic buah dada. Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan. Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki. Ia juga mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari. Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang.


Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok. Lain-lain kajian megesyorkan bahawa vitamin ini dapat memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer. Sepanjang ini diketahui bahawa vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit.

Secara kesimpulan :

1. Vitamin E membuatkan si pengamal nampak muda kerana vitamin E melambatkan proses penuaan. Pengambilan vitamin E yang konsisten sangat membantu dalam mendapatkan tekstur kulit yang cantik. Ianya juga membantu menghilangkan parut dan jeragat.Membantu wajah nampak lebih berseri dan tidak kusam.

2. Vitamin E mencegah segala pertumbuhan abnormal sel terutama kanser. Pengalaman ibu sendiri bila mengalami bengkak susu yang ketara, ibu akan mengambil dua biji vitamin E namun ianya bukanlah diamalkan secara berterusan cuma pada saat melalui saat bengkak susu atau clog duct.

Seorang teman sebelum ini mengalami masalah dimana tempat kemaluannya didapati mempunyai benjolan seperti bengkak ketumbuhan, beliau mengamalkan dua biji vitamin E selama 7 hari dan alhamdulillah ketumbuhan itu mengecut dengan sendirinya. Ini kerana Vitamin E membantu mengecutkan pertumbuhan abnormal sel dan melancarkan saraf terutama bagi ibu yang menyusu dan dapat mengelakkan bengkak susu yang berlarutan.

3. Vitamin E sangat membantu dalam aspek kesuburan. Bagi ibu yang menyusu, kedinginan adalah masalah biasa yang bakal dilalui disebabkan hormon prolaktin yang lebih tinggi dari hormon estrogen. Walau bagaimanapun melalui pengalaman ibu, pengambilan vitamin membantu mengatasi masalah kedinginan.

4. Vitamin E membantu pengaliran darah dengan lebih lancar. Membantu mengatasi masalah saraf belakang terutama mereka yang sering mengadu masalah sakit bahagian belakang badan.

5. Vitamin E membantu mempercepat proses baik luka. Sangat membantu apabila si ibu yang menyusu mengalami luka di bahagian nipple. Rata2 ibu yang menyusu akan melalui saat sukar apabila puting susunya melecet ataupun luka. Pengambilan yang konsisten sangat membantu si ibu recover dari kesakitan yang dilalui.

6. Bagi wanita yang pernah melahirkan anak, perasankah anda kawasan erola iaitu kawasan bahagian puting susu menjadi besar dan gelap. Semakin banyak kelahiran akan membuatkan ianya semakin gelap. Ibu membuat kesimpulan bahawa ianya merupakan pigmentation after kelahiran. Namun dengan pengambilan vitamin E yang konsisten membantu kawasan gelap itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula.

7. Bagi yang mempunyai masalah pre-menstrual yang teruk, vitamin E membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual.





Bestkan khasiat Vitamin E ni..apa lagi kawan-kawan..Bukan sahaja kulit cantik tapi banyak lagi kelebihan dia..so kalau berminat bolehlah hubungi saya ye..

Jika anda berminat untuk mencuba Produk Shaklee boleh hubungi saya di talian 012-5829673(call / sms) atau email sarahqaleesya@yahoo.com.my.


 
"Sharing is Caring"


JOM BUANG LEMAK & CUCI USUS ANDA...DAPATKAN SET NI DGN HARGA MAMPU MILIK...

RISAU BADAN GEMUK DAN BERLEMAK??
NAK KURUS DAN BUANG LEMAK DLM BADAN??
SAYA ADA PENYELESAIANNYA...

CUBALAH SET SLIM BASIC HARI INI DAN AMALKAN SECARA KONSISTEN....
SELAMAT DIAMBIL OLEH IBU MENYUSU YG INGIN TURUNKAN BERAT BADAN...
JIKA ANDA KURUS TAK BERMAKNA ANDA SIHAT SEPENUHNYA KRN ADA YG ALAMI MASALAH KOLESTROL TINGGI....JADI JOM AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT DGN AMALKAN SUPPLEMENT.


SET SLIM BASIC

Lecitin, Alfalfa & Herb Lax
Photo: JOM BUANG LEMAK & CUCI USUS ANDA...DAPATKAN SET NI DGN HRGA MAMPU MILIK....RISAU BADAN GEMUK DAN BERLEMAK??NAK KURUS DAN BUANG LEMAK DLM BADAN??SAYA ADA PENYELESAIANNYA...CUBALAH SET SLIM BASIC HARI INI DAN AMALKAN SECARA KONSISTEN....SELAMAT DIAMBIL OLEH IBU MENYUSU YG INGIN TURUNKAN BERAT BADAN...JIKA ANDA KURUS TAK BERMAKNA ANDA SIHAT SEPENUHNYA KRN ADA YG ALAMI MASALAH KOLESTROL TINGGI....JADI JOM AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT DGN AMALKAN SUPPLEMENT.SET SLIM BASICLecitin, Alfalfa & Herb Lax

Supplemen dalam Shaklee Pregnancy Set

Untuk wanita hamil, beberapa supplemen boleh diamalkan seawal trimester 1 kehamilan untuk memastikan kandungan yang sihat, badan ibu kekal bertenaga dan cergas. Supplemen wanita hamil ini elok diamalkan untuk memastikan amalan pemakanan yang baik dan mencukupi untuk tumbesaran bayi.

Trimester 1

  1. Vitamin B Complex
  2. Vitamin C
  3. Vitalea with Iron Formula
  4. Ostematrix

Trimester 2 & 3

  1. Vitamin B Complex
  2. Vitamin C
  3. Vitalea with Iron Formula
  4. Ostematrix
  5. OmegaGuard

Vitamin B Complex

- B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.

Sustained Release Vitamin C

 - Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. Pengambilan bersama Vita-lea Iron Formula meningkatkan kadar penyerapan iron dalam tubuh yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.

Vitalea with Iron Formula


 - Vita-Lea adalah multivitamin. Jadi ibu tidak perlu mengambil Obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah Anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung. Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Mempunyai patented Sistem Penyerapan Bioaktif utk memastikan peningkatan penyerapan asid folid kritikal. Mengandungi iron formula yang membantu meningkatkan Hb ke paras normal semasa hamil bagi ibu yang mempunyai darah rendah.

Ostematrix

 - Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Setiap 1 biji Ostematrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya. Vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi. Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.

Kalsium juga membantu untuk menghalang kekejangan otot yang dialami dalam tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku disaat melahirkan. Bagi sesetengah ibu hamil, ia mampu melawaskan sistem pencernaan dan boleh mngurangkan morning sickness.

OmegaGuard 

- Membantu pembentukan sel otak janin. Pengambilan hanya dibenarkan selepas bulan ke-4 kehamilan (trimester ke-2). Anak-anak yang ibunya mengambil suplemen Omega-3 juga mempunyai nilai yang lebih tinggi pada koordinasi mata dan tangan, kemampuan berbicara, lamanya waktu berbicara, dan jumlah kosa kata yang mereka miliki berbanding dengan kanak-kanak yang ibunya tidak mengambil Omega-3.

SUPPLEMEN YANG DILARANG UNTUK WANITA HAMIL

Namun ada beberapa vitamin yang tak disarankan diambil semasa mengandung ialah antaranya:-
  • Vitamin E
  • Alfalfa
  • GLA
  • Vivix
  • Cinch
  • CarotoMax

kecuali atas saranan doktor sendiri. Vitamin2 yang tinggi antioksidan tidak digalakkan diambil di awal kandungan dikhuatiri si ibu akan mengalami risiko keguguran. Biasanya diawal kehamilan, imunisasi ibu memang rendah kerana hendak memberi laluan bayi membesar dalam rahim si ibu. Pengambilan vitamin yang meningkatkan antioksida boleh memberi risiko keguguran pada janin tadi. Maka, vitamin yang tidak boleh diambil seharusnya dihentikan sebaik sahaja mengetahui si ibu telah mengandung.
Maka sebelum anda membeli apa jua vitamin, pastikan konsultasi diberikan agar pengambilan vitamin memberi kesan kesihatan yang optimum.